Search

.

*파이팅*

*_*

~ BuLaN SeKaLi LaGi MeNCiPTa KeaJaiBaN ~











Gerhana Bulan Penumbra Isnin Ini

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Orang ramai di seluruh Malaysia berpeluang menyaksikan Gerhana Bulan Penumbra Isnin ini selama empat jam bermula 8.39 malam. Agensi Angkasa Negara (Angkasa) dalam satu kenyataan hari ini berkata gerhana itu merupakan gerhana penumbra paling mudah dilihat dengan mata kasar (boleh dilihat di semua negeri) kerana 89.9 peratus daripada cakera bulan berada di bayang penumbra Bumi semasa fasa maksimum.

"Secara amnya gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa yang sama Bulan melintasi bayang Bumi.

"Gerhana ini akan bermula dengan fasa satu (penumbra) pada 8.39 malam waktu Malaysia. Gerhana maksimum pula akan berlaku pada 10.38 malam dengan bulan akan keluar sepenuhnya dari bayang penumbra Bumi (fasa empat) pada 12.38 pagi," katanya.
Sementara itu, Angkasa juga akan menganjurkan Program Pencerapan Gerhana Bulan Separa (Penumbra) di Planetarium Negara bermula 8.30 malam hingga 12 tengah malam. Menurut Angkasa, penduduk di Alaska, Hawaii, Australia atau Asia Timur akan berpeluang menyaksikan keseluruhan gerhana ini berlaku manakala penduduk di Kanada Barat serta Amerika Utara pula menyaksikan gerhana ini sebelum Bulan terbenam. Orang ramai dijemput hadir menyaksikan fenomena ini menerusi beberapa buah teleskop yang disediakan dan bagi yang tidak berkesempatan ke Planetarium Negara, siaran langsung boleh disaksikan di laman web www.angkasa.gov.my bermula 8.30 malam hingga 12 tengah malam. -- BERNAMA


Pada 9 Feb 2009 nanti, Bulan akan melintasi bayang-bayang penumbra Bumi dan menghasilkan fenomena Gerhana Bulan Penumbra. Bayang-bayang Bumi mempunyai 2 bahagian, iaitu umbra (bahagian paling gelap) dan penumbra (bahagian kurang gelap dan berada di sekeliling umbra).

Walaupun ia gerhana penumbra, namun Bulan akan melalui agak hampir dengan kawasan umbra. Kita akan dapat lihat Bulan kelihatan sompek sedikit di satu satu sisinya.

Bulan mula memasuki bayang-bayang penumbra pada jam 8:38:46 pm Waktu Malaysia. Kemuncak gerhana akan berlaku pada jam 10:38:15 PM Waktu Malaysia dan tamat pada jam 12:37:40 PM Waktu Malaysia.

Disebabkan kesan bayang-bayang penumbra hampir mustahil untuk dilihat dengan mata kasar, kita hanya dapat melihat kesannya apabila Bulan menghampiri kawasan umbra di antara jam 10:00 PM hingga 11:20 PM Waktu Malaysia.

Perkiraan ini adalah ramalan sahaja.Ia juga bergantung kepada keadaan cuaca setempat.

Klik di sini untuk peta laluan gerhana.





Image hosted at Pimp-My-Profile.com Image hosted at Pimp-My-Profile.com
^_^

0 CoMMeNTS: